Pada minggu ini, sesi kuliah lebih memberi tumpuan untuk melengkapkan
maklumat di dalam"Automation System" dan "Manual Cataloging".
Sebagaimana yang kita maklum "Automation System" ini ialah penyimpananan
data di dalam perisian
Microsoft Acces, dan telah dihasilkan berperingkat-peringkat pada
minggu-minggu yang sebelum ini,manakala "Manual Cataloging" adalah
kesinambungan dari aktiviti membina
database tersebut.
Sepanjang sesi dijalankan, kami banyak mendapat bimbingan dan tunjuk
ajar daripada Dr.Razak dan Dr.Nor Azrena agar kami dapat menghasilkan
yang terbaik dan mengikut kaedah yang ditetapkan dengan betul.
Selain itu,kami juga diterangkan oleh Dr.Razak tentang Proses Perolehan Bahan yang mana prosesnya secara ringkasnya adalah seperti berikut:
A) 1.Mula
2. Terima cadangan
3. Semak koleksi (status)-buku sedang dipesan /dalam pesanan
- diproses
4. kalau ada ,perlukah naskhah tambah @
5. kalau ya ,proses pembelian
6. Tamat
B) 1. Mula
2. Terima bahan
3. Semak pesanan dan kedaan -jika tidak
4. Kembalikan kepada pembekal
5. Invois /Bahan
6. Proses pembayaran
7. Cop no aksesen/cop hak milik
8. Hantar untuk pengkatalog
Kesimpulannya ,kita dapat memperolehi gambaran bahawa automation system
adalah salah satu sistem yang dicipta khas untuk membantu manusia dalam memastikan
data disimpan dengan teratur dan kemas kerana ia banyak melibatkan
banyak pihak terutamanya yang melibatkan dengan pembekal buku dan
sebagainya.