Wednesday, November 20, 2013

Minggu Kesebelas :Pengurusan Data

Pada hari ini,kami diberi maklumat tambahan tentang penggunaan Database dalam Microsoft Access.Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya ucapkan kepada pensyarah yang membimbing iaitu Dr.Razak dan Dr. NorAzrina yang begitu sabar dan komited di dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami semua.Mudah-mudahan Allah memberkati segala ilmu yang telah dicurahkan dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya yang istiqomah di jalan yang di redhoiNya.

Refleksi pada kali ini,saya terus kepada minggu ke sebelas kerana pada minggu yang sebelumnya tidak dapat menghadirkan diri kerana di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Namun begitu,saya rasa bersyukur kerana dikeliling oleh sahabat-sahabat yang sangat baik dan pensyarah-pensyarah yang memberi masa  kepada saya untuk membuat basic kepada field database dengan meletakkan setiap form  di dalam table dengan perkara-perkara  seperti :


  1. Tajuk
  2. Pengarang
  3. Edisi
  4. Penerbit
  5. Tahun Terbit
  6. Tempat diterbitkan
  7. ISBN/ISSN
  8. No. Panggilan
  9. Jenis bahan
Setelah itu,Dr. Norazrina telah mengambil contoh maklumat yang diambil daripada blog rakan untuk dimasukkan ke dalam database.Seterusnya beliau,menerangkan sedikit sebanyak tentang Query dan Form dan kedua-duanya berbeza dari segi kaedah penggunaanya.Bagi Penggunaab form ialah seperti berikut:
Langkah - langkah dalam menghasilkan Form :

  1. Pilih table yang ingin digunakan sebagai form.
  2. Pilih Create -- Forms -- Form
  3. Susun Field dalam aturan yang dikehendaki dengan menyeret ke bahagian tertentu. 
  4. Saiz column boleh diubah mengikut kehendak.
  5. Berikan nama kepada Form dan Save.
Langkah-langkah untuk menghasilkan Query ialah seperti berikut :


  1. Pilih Create -- Query Wizard 
  2. Kemudian pilih Simple Query Wizard -- ok
  3. Pilih field yang akan terlibat dalam Query seperti Tajuk, Pengarang, Penerbit, Tahun Terbit dan lain-lain untuk dipaparkan dalam Query. Field turut boleh dipilih dari Table yang berbeza.
  4. Tekan Next. Namakan Query yang dicipta. Tekan Finish.
  5. Query selesai dicipta untuk rujukan.
Dan terdapat beberapa lagi kaedah yang ditunjukkan seperti Relationship ,Look Up dan Data base Tool.Kesimpulannya penggunaan DBMS (Database Management System) seperti mana yang dinyatakan oleh Dr.Razak ialah memerlukan perancangan yang teliti sebelum kita meletakkan maklumat di dalam sistem agar memudahkan di dalam mengakses data.

Tuesday, November 12, 2013

Minggu Kesembilan :Nombor Panggilan dan Nombor Kelas DDC

 

 621.4021
 MOH


Mohd Kamal Ariffin
       Termodinamik asas/Mohd Kanal Ariffin,Skudai,
       Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia ,2005
       xv,277p:ill,26cm
       Mengandungi bibliografi

    ISBN 983-52-0392-x

    1. Termodinamik  1.Judul
        Thermodynamics

Minggu Kesembilan:Nombor Panggilan dan Nombor Kelas DDC

Alhamdulilah dengan izin Allah masih diberi kekuatan untuk meneruskan pembelajaran mengenai pembinaan nombor bagi sistem iaitu  DDC.Walaupun masih belum mampu untuk memahami bidang ini dengan baik,namun berkat bimbingan Dr. Razak dan rakan-rakan yang sedia berkongsi pendapat dan idea telah memberi semangat dan inspirasi kepada saya untuk memahami pembelajaran ini dengan sebaik-baiknya.

Nombor panggilan sebagimana yang dimaklumkan oleh Dr. Razak adalah suatu bentuk nombor unik yang dikhususkan untuk satu bahan atau item. Uniknya,setiap nombor yang dihasilkan mempunyai peranannya yang tersendiri. Selain nombor panggilan, sistem DDC ini juga memerlukan nombor kelas.
Oleh itu,untuk membina nombor dalam sistem DDC memerlukan empat kaedah, namun hanya dua kaedah,yang selalu digunakan iaitu Table 1 Standard Subdivisions, dan Tables 2-6. Table 1 Standard Subdivision; boleh ditambahkan nombor mengikut kaedah tertentu. Tables 2-6; nombor ditambah bergantung kepada arahan yang diberikan.
Kesimpulan yang boleh dinyatakan di sini ialah, pengwujudan nombor panggilan dan nombor kelas ialah satu cabang ilmu yang memerlukan ketelitian dalam mewujudkan nombor terbabit.Tanpa pengetahuan yang mendalam ia tidak akan menghasilkan kod yang tepat.Oleh itu banyak rujukan dan pemahaman mengenai dokumen yang ingin diberikan nombor panggilan perlu dilaksanakan.