Tuesday, November 12, 2013

Minggu Kesembilan:Nombor Panggilan dan Nombor Kelas DDC

Alhamdulilah dengan izin Allah masih diberi kekuatan untuk meneruskan pembelajaran mengenai pembinaan nombor bagi sistem iaitu  DDC.Walaupun masih belum mampu untuk memahami bidang ini dengan baik,namun berkat bimbingan Dr. Razak dan rakan-rakan yang sedia berkongsi pendapat dan idea telah memberi semangat dan inspirasi kepada saya untuk memahami pembelajaran ini dengan sebaik-baiknya.

Nombor panggilan sebagimana yang dimaklumkan oleh Dr. Razak adalah suatu bentuk nombor unik yang dikhususkan untuk satu bahan atau item. Uniknya,setiap nombor yang dihasilkan mempunyai peranannya yang tersendiri. Selain nombor panggilan, sistem DDC ini juga memerlukan nombor kelas.
Oleh itu,untuk membina nombor dalam sistem DDC memerlukan empat kaedah, namun hanya dua kaedah,yang selalu digunakan iaitu Table 1 Standard Subdivisions, dan Tables 2-6. Table 1 Standard Subdivision; boleh ditambahkan nombor mengikut kaedah tertentu. Tables 2-6; nombor ditambah bergantung kepada arahan yang diberikan.
Kesimpulan yang boleh dinyatakan di sini ialah, pengwujudan nombor panggilan dan nombor kelas ialah satu cabang ilmu yang memerlukan ketelitian dalam mewujudkan nombor terbabit.Tanpa pengetahuan yang mendalam ia tidak akan menghasilkan kod yang tepat.Oleh itu banyak rujukan dan pemahaman mengenai dokumen yang ingin diberikan nombor panggilan perlu dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment