Minggu Kesebelas :Pengurusan Data
Pada hari ini,kami diberi maklumat tambahan tentang penggunaan Database dalam Microsoft Access.Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya ucapkan kepada pensyarah yang membimbing iaitu Dr.Razak dan Dr. NorAzrina yang begitu sabar dan komited di dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami semua.Mudah-mudahan Allah memberkati segala ilmu yang telah dicurahkan dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya yang istiqomah di jalan yang di redhoiNya.
Refleksi pada kali ini,saya terus kepada minggu ke sebelas kerana pada minggu yang sebelumnya tidak dapat menghadirkan diri kerana di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Namun begitu,saya rasa bersyukur kerana dikeliling oleh sahabat-sahabat yang sangat baik dan pensyarah-pensyarah yang memberi masa kepada saya untuk membuat basic kepada field database dengan meletakkan setiap form di dalam table dengan perkara-perkara seperti :
- Tajuk
- Pengarang
- Edisi
- Penerbit
- Tahun Terbit
- Tempat diterbitkan
- ISBN/ISSN
- No. Panggilan
- Jenis bahan
Setelah itu,Dr. Norazrina telah mengambil contoh maklumat yang diambil daripada blog rakan untuk dimasukkan ke dalam database.Seterusnya beliau,menerangkan sedikit sebanyak tentang Query dan Form dan kedua-duanya berbeza dari segi kaedah penggunaanya.Bagi Penggunaab form ialah seperti berikut:
Langkah - langkah dalam menghasilkan Form :
- Pilih table yang ingin digunakan sebagai form.
- Pilih Create -- Forms -- Form
- Susun Field dalam aturan yang dikehendaki dengan menyeret ke bahagian tertentu.
- Saiz column boleh diubah mengikut kehendak.
- Berikan nama kepada Form dan Save.
Langkah-langkah untuk menghasilkan Query ialah seperti berikut :
- Pilih Create -- Query Wizard
- Kemudian pilih Simple Query Wizard -- ok
- Pilih field yang akan terlibat dalam Query seperti Tajuk, Pengarang, Penerbit, Tahun Terbit dan lain-lain untuk dipaparkan dalam Query. Field turut boleh dipilih dari Table yang berbeza.
- Tekan Next. Namakan Query yang dicipta. Tekan Finish.
- Query selesai dicipta untuk rujukan.
Dan terdapat beberapa lagi kaedah yang ditunjukkan seperti Relationship ,Look Up dan Data base Tool.Kesimpulannya penggunaan DBMS (Database Management System) seperti mana yang dinyatakan oleh Dr.Razak ialah memerlukan perancangan yang teliti sebelum kita meletakkan maklumat di dalam sistem agar memudahkan di dalam mengakses data.
Asaalamualaikum. Mohon sudah berada di kelas pada rabu ini paling lewat jam 4.45 petang... Terima kasih.
ReplyDeleteAsaalamualaikum.
ReplyDeletePerhatian kepada rakan2 ERMS. Kelas pengajian kita pada petang ini (27/11) diawalkan pada jam 4.00 petang. Pesanan drpd Dr Azarena sebentar tadi.
Jazakumullah.