Tuesday, December 17, 2013

Minggu Ketiga Belas : Automation System dan Manual Cataloging

Penghasilan Automation System
 






Title in      







Refleksi Minggu Ketiga Belas : Penambahbaikan bagi penghasilan "Automation System" dan "Manual Cataloging"

Pada minggu ini, sesi kuliah lebih memberi tumpuan untuk melengkapkan maklumat di dalam"Automation System" dan "Manual Cataloging". Sebagaimana yang kita maklum "Automation System" ini ialah penyimpananan data di dalam perisian Microsoft Acces, dan telah dihasilkan berperingkat-peringkat pada minggu-minggu yang sebelum ini,manakala "Manual Cataloging" adalah kesinambungan dari aktiviti membina database tersebut.

Sepanjang sesi dijalankan, kami banyak mendapat bimbingan  dan tunjuk ajar daripada Dr.Razak dan Dr.Nor Azrena agar kami dapat menghasilkan yang terbaik dan mengikut kaedah yang ditetapkan dengan betul.
 
Selain itu,kami juga diterangkan oleh Dr.Razak tentang Proses Perolehan Bahan yang mana prosesnya secara ringkasnya adalah seperti berikut:
A) 1.Mula
     2. Terima cadangan
     3. Semak koleksi (status)-buku sedang dipesan /dalam pesanan
                                             - diproses
    4. kalau ada ,perlukah naskhah tambah @
    5. kalau ya ,proses pembelian
    6. Tamat
B) 1. Mula
     2. Terima bahan 
     3. Semak pesanan dan kedaan -jika tidak
     4. Kembalikan kepada pembekal
     5. Invois /Bahan
     6. Proses pembayaran
     7. Cop no aksesen/cop hak milik
     8. Hantar untuk pengkatalog
Kesimpulannya ,kita dapat memperolehi gambaran bahawa automation system adalah salah satu sistem yang dicipta khas untuk membantu manusia dalam  memastikan data disimpan dengan teratur dan kemas kerana ia banyak melibatkan banyak pihak terutamanya yang melibatkan dengan pembekal buku dan sebagainya.

Tuesday, December 3, 2013

Minggu Ke Dua Belas: Penggunaan Table, Query, Report dan Form di dalam Microsoft Access (Database)

Pada minggu ini kuliah yang kami ikuti berkaitan dengan Table, Query, Report dan Form.Kami bersyukur kerana diberi tunjuk ajar oleh Dr.Nor Azrina dan Dr.Razak yang begitu memahami dan  membantu untuk memastikan kami dapat membuat tugasan yang diberikan dengan baik. Dengan demikian,saya dapat mengikuti pembelajaran dengan baik berkat bimbingan yang diberikan oleh pensyarah yang membing kami tentang penggunaan database dalam Micrososft Access
        Untuk permulaan kelas, Dr. Nor Azrina menyarankan agar membina table yang mempunyai maklumat yang berikut:
 

1) Nombor panggilan
2) Judul
3) Pengarang 1
4) Pengarang 2
5) Tempat terbit
6) Penerbit
7) Tahun terbit
8) Deskripsi fizikal
9) Nota
10) ISBN
11) Tajuk perkara 1
12) Tajuk perkara 2
13) Status
14) Harga
15) Pengkatalog
16) GMD
17) Edisi
 
 
Tujuannya ialah untuk memudahkan kita mengkatalogkan bahan yang diperolehi dengan sistematik dan efisyen.Seterusnya,kami dibimbing untuk membuat Query,Report dan Form.Langkah-langkahnya seperti berikut:
 
Setelah itu,langkah membuat Query:
 
Buka Fail DATABASE yang disimpan > Toolbar Create > Query Wizard
Kotak New Query akan muncul
Pilih Simple Query Wizard > OK
Pilih Table yang diperlukan 

Klik > untuk memilih field yang diperlukan dalam Query.
Klik < untuk membatalkan.

Klik Detail Show Every Field of Every Record atau Summary.
Kemudian klik Next akan muncul tetingkap baru kemudian beri nama pada
Query yang telah dibuat dan pilih Open The Query to View
Information,
Klik finish
 
 
Membuat Form

Klik Create > More Forms > Form Wizard pindahkan Field-fieldnya > NEXT

Pilih layout form >  NEXT

Pilih jenis form > NEXT > FINISH

 Membuat Laporan (Report)

Klik Create > Pilih Report Wizard > Pada Form Wizard, pindahkan Field-fieldnya > NEXT

Pilih jenis report yang diinginkan > NEXT > FINISH
 
 


Wednesday, November 20, 2013

Minggu Kesebelas :Pengurusan Data

Pada hari ini,kami diberi maklumat tambahan tentang penggunaan Database dalam Microsoft Access.Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya ucapkan kepada pensyarah yang membimbing iaitu Dr.Razak dan Dr. NorAzrina yang begitu sabar dan komited di dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami semua.Mudah-mudahan Allah memberkati segala ilmu yang telah dicurahkan dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya yang istiqomah di jalan yang di redhoiNya.

Refleksi pada kali ini,saya terus kepada minggu ke sebelas kerana pada minggu yang sebelumnya tidak dapat menghadirkan diri kerana di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Namun begitu,saya rasa bersyukur kerana dikeliling oleh sahabat-sahabat yang sangat baik dan pensyarah-pensyarah yang memberi masa  kepada saya untuk membuat basic kepada field database dengan meletakkan setiap form  di dalam table dengan perkara-perkara  seperti :


  1. Tajuk
  2. Pengarang
  3. Edisi
  4. Penerbit
  5. Tahun Terbit
  6. Tempat diterbitkan
  7. ISBN/ISSN
  8. No. Panggilan
  9. Jenis bahan
Setelah itu,Dr. Norazrina telah mengambil contoh maklumat yang diambil daripada blog rakan untuk dimasukkan ke dalam database.Seterusnya beliau,menerangkan sedikit sebanyak tentang Query dan Form dan kedua-duanya berbeza dari segi kaedah penggunaanya.Bagi Penggunaab form ialah seperti berikut:
Langkah - langkah dalam menghasilkan Form :

  1. Pilih table yang ingin digunakan sebagai form.
  2. Pilih Create -- Forms -- Form
  3. Susun Field dalam aturan yang dikehendaki dengan menyeret ke bahagian tertentu. 
  4. Saiz column boleh diubah mengikut kehendak.
  5. Berikan nama kepada Form dan Save.
Langkah-langkah untuk menghasilkan Query ialah seperti berikut :


  1. Pilih Create -- Query Wizard 
  2. Kemudian pilih Simple Query Wizard -- ok
  3. Pilih field yang akan terlibat dalam Query seperti Tajuk, Pengarang, Penerbit, Tahun Terbit dan lain-lain untuk dipaparkan dalam Query. Field turut boleh dipilih dari Table yang berbeza.
  4. Tekan Next. Namakan Query yang dicipta. Tekan Finish.
  5. Query selesai dicipta untuk rujukan.
Dan terdapat beberapa lagi kaedah yang ditunjukkan seperti Relationship ,Look Up dan Data base Tool.Kesimpulannya penggunaan DBMS (Database Management System) seperti mana yang dinyatakan oleh Dr.Razak ialah memerlukan perancangan yang teliti sebelum kita meletakkan maklumat di dalam sistem agar memudahkan di dalam mengakses data.

Tuesday, November 12, 2013

Minggu Kesembilan :Nombor Panggilan dan Nombor Kelas DDC

 

 621.4021
 MOH


Mohd Kamal Ariffin
       Termodinamik asas/Mohd Kanal Ariffin,Skudai,
       Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia ,2005
       xv,277p:ill,26cm
       Mengandungi bibliografi

    ISBN 983-52-0392-x

    1. Termodinamik  1.Judul
        Thermodynamics

Minggu Kesembilan:Nombor Panggilan dan Nombor Kelas DDC

Alhamdulilah dengan izin Allah masih diberi kekuatan untuk meneruskan pembelajaran mengenai pembinaan nombor bagi sistem iaitu  DDC.Walaupun masih belum mampu untuk memahami bidang ini dengan baik,namun berkat bimbingan Dr. Razak dan rakan-rakan yang sedia berkongsi pendapat dan idea telah memberi semangat dan inspirasi kepada saya untuk memahami pembelajaran ini dengan sebaik-baiknya.

Nombor panggilan sebagimana yang dimaklumkan oleh Dr. Razak adalah suatu bentuk nombor unik yang dikhususkan untuk satu bahan atau item. Uniknya,setiap nombor yang dihasilkan mempunyai peranannya yang tersendiri. Selain nombor panggilan, sistem DDC ini juga memerlukan nombor kelas.
Oleh itu,untuk membina nombor dalam sistem DDC memerlukan empat kaedah, namun hanya dua kaedah,yang selalu digunakan iaitu Table 1 Standard Subdivisions, dan Tables 2-6. Table 1 Standard Subdivision; boleh ditambahkan nombor mengikut kaedah tertentu. Tables 2-6; nombor ditambah bergantung kepada arahan yang diberikan.
Kesimpulan yang boleh dinyatakan di sini ialah, pengwujudan nombor panggilan dan nombor kelas ialah satu cabang ilmu yang memerlukan ketelitian dalam mewujudkan nombor terbabit.Tanpa pengetahuan yang mendalam ia tidak akan menghasilkan kod yang tepat.Oleh itu banyak rujukan dan pemahaman mengenai dokumen yang ingin diberikan nombor panggilan perlu dilaksanakan.

Tuesday, October 29, 2013

Minggu Ketujuh : Pengelasan

 
328.33 WAK

 Wakil Pilihan Rakyat  

Wakil pilihan rakyat : Direktori ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri / Mohd Nasir  B.     Ambuwoto. -- Kaedah Kota Management Sdn. Bhd. , 2005.

     --, 480 p : ill; 25cm
     ISSN 1823-2639

     1. Legislators -- Malaysia -- Directories

Larry Long
      
       Pengaturcaraan basic /Larry Long;
       Penterjemah Subariah Ibrahim;Mohd Salihin Ngadiman ;
       Skudai,Malaysia : UTM ,1998 
       xii,164p:ill;25cm
       mengandungi indeks

        ISBN 983-52-0114-5

        Basic (Computer program language) I . Subariah Ibrahim II.Judul