Tuesday, September 24, 2013

Minggu Kedua








BENTUK FORMAT KATALOG YANG DIREKOD DI PUSAT SUMBER





Mohd. Fua’ad Rahmat
Instrumentasi /Mohd. Fua’ad Rahmat,Sallehudin Ibrahim,
Skudai Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia,2003.
viii,141 p: ill;25cm
Mengandungi indeks
ISBN 983-52-0305-9



Che Rahim Che Teh,
Kaedah Berangka : Matematik Untuk Sains dan Kejuruteraan
Menggunakan Maple/Che Rahim Che Teh,Skudai,Malaysia:
Universiti Teknologi Malaysia,2005
viii,341p: ill;26cm
Mengandungi indeks
ISBN 983-52-0367-9






Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an (30 Juz)
Gong Badak,Kuala Terengganu ;Percetakan Yayasan Islam Terengganu.
xvi,1756p,21 cm
Mengandungi indeks
ISBN 983-52-0367-9






Paizah Haji Ismail,
Undang-undang Jenayah Islam /Paizah Haji Ismail,
Petaling Jaya,Selangor : Dewan Pustaka Islam,
274 p;21 cm
Mengandungi Bibliografi
ISBN 983-66-0028-0




REFLEKSI MINGGU KEDUA (KAEDAH KATALOG)



Minggu 2 : Katalog

Pada minggu ini akan membincangkan mengenai tajuk Katalog.Sebelum itu, kami dimaklumkan mengenai jenis-jenis perpustakaan yang terdapat di negara ini iaitu Perpustakaan Awam, Perpustakaan Negara, Perpustakaan Universiti, Perpustakaan Sekolah dan Perpustakaan Khas seperti Perpustakaan Petronas.
Pengkatalogan boleh didefinisikan sebagai proses menyediakan satu rekod atau senarai yang mengandungi keterangan bibliografi seperti nama pengarang, judul, nombor pengkelasan dan sebagainya mengenai semua buku dan bahan lain yang dimilikinya dan rekod/ senarai yang dihasilkan dari proses katalog mengkatalog ini dinamakan katalog. Seterusnya, kami diterangkan tentang tujuan catalog  direkodkan adalah :
1.    Mengenalpasti bahan dan memberi pengenalan bahan yang diproses agar dapat memberi maklumat ringkas mengenai bahan kepada pembaca yang mencari bahan.
2.    Memberi karakter pada bahan agar memudahkan pemilihan bahan oleh pembaca.
3.    Menempatkan entri pada tajuk.
4.    Dengan adanya rekod ini, dapat diketahui apa saja koleksi perpustakaan di mana bahan-bahan diletakkan dan dengan  mudah dapat diambil kembali bila diperlukan

Catalog mesti mengandungi tools / rules” yang standard  bagi memudahkan orang mencari bahan. Rules yang dimaksudkan adalah ISBD ( International Standard Bibliographic Description ) dan AACR2  ( Anglo American Cataloging Rules 2).
Kemudian, kami bergerak ke Perpustakaan Fakulti Pendidikan untuk melakukan penulisan entri seperti yang telah diterangkan di dalam kelas.

Tuesday, September 17, 2013

MPT 1173.Educational Resources and Information Management System Lecturer : Dr. Norazrena Abu Samah / Abdul Razak Idris Part B



Name : FATHULMUNIR BIN MAT
Pay a visit to Faculty of Education Resource Centre or any other library/resource centre and PSZ (UTM Main Library) Find out:
1. How do you locate materials in the library ?
Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan bahan di dalam perpustakaan iaitu dengan menggunakan sumber OPAC (Online Public Access Catalog),Online Databases,E books, E-journal dan Easy Shelf Search System.
Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan pantas dan mudah,langkah-langkah perlu diambil agar maklumat dapat dicari dengan tepat.Langkah-langkah tersebut dapat dinyatakan di bawah:
Langkah 1 : Pencarian bahan dengan merujuk sistem INFOLAN PSZ.
Langkah 2 : Sistem akan memberitahu cara pencapaian bahan (no. panggilan) dan availability.
Langkah 3 : No. panggilan akan menunjukkan lokasi bahan di PSZ.

2. How do you know that certain materials that you are looking for are available in the library ?
Dengan mendapatkan senarai penuh bahan yang ingin dicari melalui e-book,e-jurnal dan koleksi yang ada di dalam perpustakaan.Kaedah yang lain pula ialah dengan menggunakan kemudahan sistem INFOLAN di PSZ, ia akan memaparkan availability bahan yang dicari.

3. What information is given about the library materials ?
Maklumat boleh diperolehi dengan melihat judul, jenis bahan, kata kunci (keyword), subjek, division, pengarang, sumber, SNN, DOI, nombor panggilan, penerbit dan tarikh terbit.

4. Are there any tools/schemes used for such information/data in #2 can be generated ?
Sistem automasi INFOLAN digunakan. Selain itu, boleh juga merujuk kepada indeks dan katalog.

5. How the materials arranged on the shelves ?
Kaedahnya ialah dengan memastikan bahan-bahan disusun di rak mengikut nombor panggilan yang telah ditetapkan bagi setiap bahan.
 

6. What is/are schemes used for that such arrangement can be made?
Jika di perpustakaan sekolah, sistem yang digunapakai ialah  klasifikasi Dewey digunakan. Jika di PSZ, sistem klasifikasi Library of Congress Classification dijadikan sebagai kaedah yang terbaik untuk menguruskan bahan-bahan di dalam perpustakaan.


7. Are there different shelves / area for different types of material? (AV, Journals, Large books, special collections)
Ya. Terdapat rak/kawasan yang berbeza bagi bahan yang berbeza. Ini kerana untuk membezakan bahan bacaan mengikut fakulti dan subjek buku dengan tujuan memudahkan pencarian di dalam perpustakaan.
Selain itu,kita boleh mengenalpasti buku yang tinggi melebihi 28cm akan ditempatkan di rak yang lain bersama-sama buku yang tinggi berbanding buku yang tinggi kurang daripada 28cm. Di no. panggilan akan tercatat "f" sebagai folio disebabkan ketinggiannya. 


SISTEM PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN




 
Hari pertama menghadiri kursus MPT1173 (Sistem Pengurusan Sumber Pendidikan), kami diperkenalkan  dengan tenaga pengajar yang akan membimbing kami sepanjang sem ini iaitu Dr. Norazrena Binti Abu Samah dan En. Abdul Razak Bin Idris. Kursus ini merupakan kursus elektif yang saya pilih untuk membantu memudahkan mencari bahan diperpustakaan bagi menyiapkan projek 1 yang diambil dalam sem ini.
Sebagai pelajar jurusan MPA ( Pengurusan Pentadbiran Dalam Pendidikan ), kursus ini merupakan bidang baru bagi kami. Dengan dua helaian pengenalan yang diedarkan, kami agak tertanya-tanya dengan istilah-istilah baru bagi kami seperti DDC (Dewey Decimal Classification), AACR2 ( Anglo American Cataloging Rules 2 ) dan lain-lain.
Seterusnya, kami diterangkan dengan Course outline bagi sem ini . Tugasan pertama kami pada minggu ini adalah menyediakan blog bagi membuat refleksi dan memuat turun bahan-bahan yang berkaitan tajuk yang diterangkan serta menjawab tujuh soalan yang berkaitan dengan perpustakaan.
Walaupun saya tidak mempunyai asas tentang sistem pengurusan sumber, namun saya amat berharap dengan mengikuti kursus ini saya dapat mengetahui dan mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi untuk meningkatkan prestasi kerja dengan lebih sistematik lagi. 

Kepentingan dalam mengikuti kursus ini adalah untuk mengetahui bagaimana sesuatu bahan itu diurus dengan baik bagi memudahkan bahan itu dapat dicari semula dengan cepat dan efektif. Di sinilah kegunaan pengkelasan bahan yang berbeza. Secara umumnya, operasi perpustakaan melibatkan banyak perkara selain daripada sirkulasi (pinjam-pulang). Bermula dengan perolehan, mengkatalog bahan, sirkulasi, rujukan dan juga automasi.








Monday, September 16, 2013