Hari
pertama menghadiri kursus MPT1173 (Sistem Pengurusan Sumber Pendidikan), kami diperkenalkan
dengan tenaga pengajar yang akan
membimbing kami sepanjang sem ini iaitu Dr. Norazrena Binti Abu Samah dan En.
Abdul Razak Bin Idris. Kursus ini merupakan kursus elektif yang saya pilih
untuk membantu memudahkan mencari bahan diperpustakaan bagi menyiapkan projek 1
yang diambil dalam sem ini.
Sebagai
pelajar jurusan MPA ( Pengurusan Pentadbiran Dalam Pendidikan ), kursus ini
merupakan bidang baru bagi kami. Dengan dua helaian pengenalan yang diedarkan,
kami agak tertanya-tanya dengan istilah-istilah baru bagi kami seperti DDC (Dewey Decimal Classification), AACR2 ( Anglo American Cataloging Rules 2 ) dan
lain-lain.
Seterusnya,
kami diterangkan dengan Course outline bagi sem ini . Tugasan pertama kami pada minggu ini
adalah menyediakan blog bagi membuat refleksi dan memuat turun bahan-bahan yang
berkaitan tajuk yang diterangkan serta menjawab tujuh soalan yang berkaitan
dengan perpustakaan.
Walaupun saya tidak
mempunyai asas tentang sistem pengurusan sumber, namun saya amat berharap
dengan mengikuti kursus ini saya dapat mengetahui dan mengaplikasikan segala
ilmu yang diperolehi untuk meningkatkan prestasi kerja dengan lebih sistematik
lagi.
Kepentingan dalam mengikuti kursus ini adalah untuk mengetahui bagaimana sesuatu bahan itu diurus dengan baik bagi memudahkan bahan itu dapat dicari semula dengan cepat dan efektif. Di sinilah kegunaan pengkelasan bahan yang berbeza. Secara umumnya, operasi perpustakaan melibatkan banyak perkara selain daripada sirkulasi (pinjam-pulang). Bermula dengan perolehan, mengkatalog bahan, sirkulasi, rujukan dan juga automasi.

No comments:
Post a Comment