Minggu 2 : Katalog
Pada minggu ini
akan membincangkan mengenai tajuk Katalog.Sebelum
itu, kami dimaklumkan mengenai jenis-jenis perpustakaan yang terdapat di negara
ini iaitu Perpustakaan Awam, Perpustakaan Negara, Perpustakaan Universiti,
Perpustakaan Sekolah dan Perpustakaan Khas seperti Perpustakaan Petronas.
Pengkatalogan boleh didefinisikan sebagai proses
menyediakan satu rekod atau senarai yang mengandungi keterangan bibliografi
seperti nama pengarang, judul, nombor pengkelasan dan
sebagainya mengenai semua buku dan bahan lain yang dimilikinya dan rekod/
senarai yang dihasilkan dari proses katalog mengkatalog ini dinamakan katalog. Seterusnya,
kami diterangkan tentang tujuan catalog
direkodkan adalah :
1. Mengenalpasti bahan dan memberi pengenalan bahan
yang diproses agar dapat memberi maklumat ringkas mengenai bahan kepada pembaca
yang mencari bahan.
2. Memberi karakter pada bahan agar memudahkan
pemilihan bahan oleh pembaca.
3. Menempatkan entri pada tajuk.
4.
Dengan adanya rekod ini,
dapat diketahui apa saja koleksi perpustakaan di mana bahan-bahan diletakkan
dan dengan mudah
dapat diambil kembali bila diperlukan
Catalog mesti mengandungi “tools
/ rules” yang standard bagi memudahkan orang mencari bahan. Rules yang dimaksudkan adalah ISBD ( International Standard Bibliographic
Description ) dan AACR2 ( Anglo American
Cataloging Rules 2).
Kemudian, kami bergerak ke
Perpustakaan Fakulti Pendidikan untuk melakukan penulisan entri seperti yang
telah diterangkan di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment