Tuesday, October 29, 2013

Minggu Ketujuh : Pengelasan

 
328.33 WAK

 Wakil Pilihan Rakyat  

Wakil pilihan rakyat : Direktori ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri / Mohd Nasir  B.     Ambuwoto. -- Kaedah Kota Management Sdn. Bhd. , 2005.

     --, 480 p : ill; 25cm
     ISSN 1823-2639

     1. Legislators -- Malaysia -- Directories

Larry Long
      
       Pengaturcaraan basic /Larry Long;
       Penterjemah Subariah Ibrahim;Mohd Salihin Ngadiman ;
       Skudai,Malaysia : UTM ,1998 
       xii,164p:ill;25cm
       mengandungi indeks

        ISBN 983-52-0114-5

        Basic (Computer program language) I . Subariah Ibrahim II.Judul

Minggu Ketujuh: Pengelasan (Classification)

Alhamdulilah pada minggu ini kami didedahkan berkenaan cara untuk mengklasifikasikan sesuatu bahan bacaan menggunakan sistem DDC (Dewey Decimals Classification).Dr. Razak selaku mentor kami telah memberi maklumat secara terperinci tentang pengelasan(Classification) iaitu yang menggunakan konsep DDC.Menurut Dr. Razak,pengelasan merupakan aspek yang paling penting di dalam memastikan bahan ilmu yang diperolehi disusun mengikut bahagian atau bidang-bidang yang telah ditentukan
             
      DDC adalah sistem organisasi pengetahuan umum di dunia perpustakaan. Ia mula disusun oleh Melvin Dewey (1873) dan merupakan sistem klasifikasi yang digunakan untuk menyusun maklumat dalam pelbagai bentuk (cetak atau bukan cetak) di perpustakaan.

Terdapat 10 kelas utama pengkelasan yang dalam DDC :

000  -  Karya am
100  -  Falsafah, parapsikologi dan ilmu kebatinan, psikologi
200  -  Agama
300  -  Sains kemasyarakatan
400  -  Bahasa
500  -  Sains tulen dan matematik
600  -  Teknologi
700  -  Kesenian dan seni hiasan
800  -  Kesusasteraan
900  -  Sejarah dan geografi




Kesimpulannya, pengelasan ini amat bermanfaat terutamanya di dalam menguruskan sistem pengelasan perpustakaan di sekolah.Secara tidak langsung kami mendapat pengalaman yang cukup berharga di dalam menimba ilmu dan melaksanakannya secara berkumpulan di pusat sumber.

Minggu Keenam-(Kelas ditangguhkan sempena cuti Hari Raya Aidiladha)

Mudah-mudahan amalan sunnah dapat memupuk sifat mahmudah kepada mereka yang ingin berjihad di jalan Allah.

Wednesday, October 23, 2013

Minggu KeLima: Tajuk Perkara (Subject Heading) dan Entri Tambahan (Free Floating Subdivisions)



 


1. Wakil Pilihan Rakyat
           Wakil pilihan rakyat : Direktori ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri
            2004-2009, Kaedah kota management.sdn.bhd 2005
            480 p:ill;26cm
      
            ISSN :1823-2639

            1. Legislators_ _Malaysia_ _ Directories

2. Jasmi Hashim
           Glosari kejuruteraan bahan/Jasmi Hashim
           Skudai,Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia,2003
           ix,223p:ill;23cm
           Mengandungi bibliografi

           ISBN 983-52-0340-0

          1. Materials_ _Dictionaries. 2. Engineering_ _Dictionaries

3. Ahmad Shukri Mohd Nain
          Tingkah laku organisasi : pengenalan tingkah laku individu/Ahmad Shukri Mohd  Nain,
          Skudai,Malaysia:Universiti Teknologi Malaysia,2002
          xiii,274p:ill;26cm
          Mengandungi indeks

         ISBN 983-52-0268-0

        1. Organizational behaviour 2. Adlerian psychology 1.Judul
         

Minggu KeLima: Tajuk Perkara (Subject Heading) dan Entri Tambahan (Free Floating Subdivisions)




1. Jasmi Hashim
           Glosari kejuruteraan bahan/Jasmi Hashim
           Skudai,Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia,2003
           ix,223p:ill;23cm
           Mengandungi bibliografi

           ISBN 983-52-0340-0

          1. Materials_ _Dictionaries. 2. Engineering_ _Dictionaries




 


2. Wakil Pilihan Rakyat
           Wakil pilihan rakyat : Direktori ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri
            2004-2009, Kaedah kota management.sdn.bhd 2005
            480 p:ill;26cm
       
            ISSN :1823-2639

            1. Legislators_ _Malaysia_ _ Directories

3. Ahmad Shukri Mohd Nain
          Tingkah laku organisasi : pengenalan tingkah laku individu/Ahmad Shukri Mohd  Nain,
          Skudai,Malaysia:Universiti Teknologi Malaysia,2002
          xiii,274p:ill;26cm
          Mengandungi indeks

         ISBN 983-52-0268-0

        1. Organizational behaviour 2. Adlerian psychology 1.Judul
         
        

Tuesday, October 22, 2013

Minggu Ke Lima : Perbincangan tentang Tajuk Perkara (Subject Heading) dan Entri Tambahan (Subdivisions)


      Maklumat yang diberikan pada minggu ini ialah lebih  berkisar kepada Entri Tambahan (Free Floating Subdivisions).Entri Tambahan (Free Floating Subdivisions) ini boleh berasaskan dari empat bahagian. Bahagian pertama ialah berasaskan TOPIK; contohnya seperti  Falsafah (Philosophy), dan aspek psikologi (Psychological Aspect). Bahagian kedua ialah berasaskan BENTUK; contohnya seperti Bibliografi (Bibliography), Katalog (Catalog). Bahagian ketiga adalah berasaskan GEOGRAFI; contohnya ialah nama negara atau daerah seperti Malaysia atau Skudai. Bahagian keempat adalah berasaskan KRONOLOGI; entri tambahan berdasarkan asas ini sering digunakan apabila dokumen itu berkaitan dengan sejarah.

      Kami bersyukur kerana dibimbing oleh pensyarah yang tenang dan memberi dorongan serta motivasi untuk menguasai subjek yang diambil walaupun agak susah dan mencabar.Selain itu,Encik Razak tidak putus-putus mengingatkan bahawa tujuan utama perkara ini dilaksanakan adalah untuk membantu orang lain atau pengguna  di dalam mengakses dokumen yang diperlukan dengan mudah  dan tepat berkaitan sistem storan di perpustakaan.Secara tidak langsung,kami dapat memahami betapa terperinci dan teliti kerja-kerja yang perlu dibuat oleh pihak pustakawan yang bertanggungjawab.

     Kesimpulan yang boleh diambil di sini bahawa dalam penetapan Tajuk Perkara dan Entri Tambahan ini memerlukan rujukan yang terperinci agar pengkelasan bahan dapat dilakukan dengan baik.

Tuesday, October 8, 2013

Minggu Keempat : Mengkatalog Bahan (Subject Cataloging )

      Alhamdulillah pada minggu ini,kami berkesempatan menambah maklumat daripada pensyarah yang membimbing kami iaitu Dr.Razak.Mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha beliau untuk memberi panduan dan maklumat yang cukup berguna tentang pengurusan pusat sumber yang merupakan bidang yang amat menarik untuk diterokai dan dikaji sebagai salah satu cabang ilmu pengetahuan.

     Pendekatan beliau secara berperingkat-peringkat berkaitan Sistem Pengurusan Sumber Pendidikan yang sebenarnya agak mencabar untuk dikuasai namun dapat difahami secara baik berkat kesabaran dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Dr.Razak kepada kami semua.

     Mengkatalog Bahan (Subject Cataloging) merupakan salah satu kaedah yang digunapakai oleh pihak pengurusan sumber untuk membahagikan buku-buku yang telah diterbitkan kepada bidang/subjek (cth Sains,Kimia dan Undang-undang Islam).

       Kaedah menganalisis subjek adalah dengan :
  • Membuat subject analysis iaitu dengan membaca kandungan dan mengenalpasti kandungan buku tersebut.
  • Kemudian kita boleh menentukan kata kunci yang boleh mewakili subjek
  • Untuk memudahkan menganalisis bahan manual pengunaan untuk mengkatalog bahan ialah dengan merujuk kepada buku Library Of Congress SUBJECT HEADING untuk mengenalpasti heading yang sesuai. 
Contoh :
1.Mohd. Fua'ad Rahmat
      Instrumentasi / Mohd. Fua'ad Rahmat,Sallehuddin Ibrahim,
      Skudai,Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia,2003.
      viii,141 p :ill;25 cm
      Mengandungi indeks

      ISBN 983-52-0305-9
         1. Electronic measurements 2. Measuration

2. Che Rahim Che Teh ,
       Kaedah berangka : matematik untuk sains dan kejuruteraan,
       menggunakan Maple/Che Rahim Che Teh,Skudai,Malaysia:
       Universiti Teknologi Malaysia,2005
       viii, 341 p: ill;26 cm
       Mengandungi indeks
 
       ISBN 983-52-0367-9
           1- Maple (Computer file ) 2. Mathematics-Data processing




Tuesday, October 1, 2013

Minggu Ketiga : Mengkatalog Jurnal dan Bahan Bukan Cetak

       Pada minggu ini,kami didedahkan dengan gambaran umum tentang perkara yang berkaitan dengan sumber maklumat.Oleh itu,setiap bahan yang mempunyai lokasi akan diutamakan untuk memperolehi maklumat mengenai buku-buku dan bahan bercetak,bahan-bahan kartografi dan rakaman bunyi.

     Seterusnya kami dimaklumkan tentang kaedah mengkatalog bahan yang bersiri.Bahan penerbitan bersiri secara umumnya ialah penerbitan dalam mana-mana medium yang dikeluarkan dibahagian penerbitan yang dilakukan secara berturut-turut mengandungi kod berangka atau kronolgi yang bertujuan untuk terus digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang.

    Bentuk-bentuk penerbitan bersiri yang biasa kita lihat ialah penerbitan jurnal,buku tahunan,laporan tahunan dan laporan yang berulang-ulang,penerbitan statistik dan bahan penerbitan yang berkaitan dengan undang-undang.Setelah diberi penerangan secara terperinci tentang mengkatalog bahan penerbitan yang mengandungi siri oleh Dr. Razak,kumpulan kami dibawa ke pusat sumber untuk meneliti maklumat dan membuat amali secara berkumpulan tentang mengkatalog bahan yang bersiri.

Contoh katalog bahan yang bersiri :

Jurnal teknologi : B pembinaan,reka bentuk dan perancangan,
no 1 (Jun 1984)-Skudai,Johor:
Universiti Teknologi Malaysia,2004
Dwi tahunan.
ISSN 0127-9696

Jurnal teknologi : D elektronik,kawalan,telekomunikasi dan maklumat
no 1 (Dis 1986)- Skudai,Johor:
Universiti Teknologi Malaysia,2006
Dwi tahunan
ISSN 0127-9696