Alhamdulilah pada
minggu ini kami didedahkan berkenaan cara untuk mengklasifikasikan
sesuatu bahan bacaan menggunakan sistem DDC (Dewey Decimals Classification).Dr. Razak selaku mentor kami telah memberi maklumat secara terperinci tentang pengelasan(Classification) iaitu yang menggunakan konsep DDC.Menurut Dr. Razak,pengelasan merupakan aspek yang paling penting di dalam memastikan bahan ilmu yang diperolehi disusun mengikut bahagian atau bidang-bidang yang telah ditentukan
Terdapat 10 kelas utama pengkelasan yang dalam DDC :
000 - Karya am
100 - Falsafah, parapsikologi dan ilmu kebatinan, psikologi
200 - Agama
300 - Sains kemasyarakatan
400 - Bahasa
500 - Sains tulen dan matematik
600 - Teknologi
700 - Kesenian dan seni hiasan
800 - Kesusasteraan
900 - Sejarah dan geografi
Kesimpulannya, pengelasan ini amat bermanfaat terutamanya di dalam menguruskan sistem pengelasan perpustakaan di sekolah.Secara tidak langsung kami mendapat pengalaman yang cukup berharga di dalam menimba ilmu dan melaksanakannya secara berkumpulan di pusat sumber.
No comments:
Post a Comment