Tuesday, October 1, 2013

Minggu Ketiga : Mengkatalog Jurnal dan Bahan Bukan Cetak

       Pada minggu ini,kami didedahkan dengan gambaran umum tentang perkara yang berkaitan dengan sumber maklumat.Oleh itu,setiap bahan yang mempunyai lokasi akan diutamakan untuk memperolehi maklumat mengenai buku-buku dan bahan bercetak,bahan-bahan kartografi dan rakaman bunyi.

     Seterusnya kami dimaklumkan tentang kaedah mengkatalog bahan yang bersiri.Bahan penerbitan bersiri secara umumnya ialah penerbitan dalam mana-mana medium yang dikeluarkan dibahagian penerbitan yang dilakukan secara berturut-turut mengandungi kod berangka atau kronolgi yang bertujuan untuk terus digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang.

    Bentuk-bentuk penerbitan bersiri yang biasa kita lihat ialah penerbitan jurnal,buku tahunan,laporan tahunan dan laporan yang berulang-ulang,penerbitan statistik dan bahan penerbitan yang berkaitan dengan undang-undang.Setelah diberi penerangan secara terperinci tentang mengkatalog bahan penerbitan yang mengandungi siri oleh Dr. Razak,kumpulan kami dibawa ke pusat sumber untuk meneliti maklumat dan membuat amali secara berkumpulan tentang mengkatalog bahan yang bersiri.

Contoh katalog bahan yang bersiri :

Jurnal teknologi : B pembinaan,reka bentuk dan perancangan,
no 1 (Jun 1984)-Skudai,Johor:
Universiti Teknologi Malaysia,2004
Dwi tahunan.
ISSN 0127-9696

Jurnal teknologi : D elektronik,kawalan,telekomunikasi dan maklumat
no 1 (Dis 1986)- Skudai,Johor:
Universiti Teknologi Malaysia,2006
Dwi tahunan
ISSN 0127-9696

No comments:

Post a Comment