Maklumat yang diberikan pada minggu ini ialah lebih berkisar kepada Entri Tambahan (Free Floating
Subdivisions).Entri Tambahan (Free Floating
Subdivisions) ini boleh berasaskan dari empat bahagian. Bahagian pertama ialah
berasaskan TOPIK; contohnya seperti Falsafah (Philosophy), dan aspek
psikologi (Psychological Aspect). Bahagian kedua ialah berasaskan BENTUK;
contohnya seperti Bibliografi (Bibliography), Katalog (Catalog). Bahagian ketiga adalah berasaskan GEOGRAFI; contohnya ialah
nama negara atau daerah seperti Malaysia atau Skudai. Bahagian keempat
adalah berasaskan KRONOLOGI; entri tambahan berdasarkan asas ini sering
digunakan apabila dokumen itu berkaitan dengan sejarah.
Kami bersyukur kerana dibimbing oleh pensyarah yang tenang dan memberi dorongan serta motivasi untuk menguasai subjek yang diambil walaupun agak susah dan mencabar.Selain itu,Encik Razak tidak putus-putus mengingatkan bahawa tujuan utama perkara ini dilaksanakan adalah untuk membantu orang lain atau pengguna di dalam mengakses dokumen yang diperlukan dengan mudah dan tepat berkaitan sistem storan di perpustakaan.Secara tidak langsung,kami dapat memahami betapa terperinci dan teliti kerja-kerja yang perlu dibuat oleh pihak pustakawan yang bertanggungjawab.
Kesimpulan yang boleh diambil di sini bahawa dalam penetapan Tajuk Perkara dan Entri Tambahan ini
memerlukan rujukan yang terperinci
agar pengkelasan bahan dapat dilakukan dengan baik.
No comments:
Post a Comment